Kelas Menaip Terpantas

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

23 Jun 2024 , Ahad- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan kelas ICT untuk adik-adik komuniti Presint 9 Putrajaya. Kelas diadakan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 4 orang pelajar telah mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 3 pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan telah menyertai kelas ini.

Kelas bermula dengan aktiviti pengenalan perkakasan komputer serta fungsinya. Kemudian aktiviti menaip terpantas dijalankan secara atas talian di lama web www.typingtest.com. Adik-adik diberi masa selama 5 minit untuk melengkapkan setiap ayat. Tujuan kelas ini diadakan bagi melatih menaip dengan betul dan pantas menggunakan papan kekunci.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas